Durian Popular Kat Malaysia

Durian Popular Kat Malaysia

Buah-buahan adalah salah satu sumber makanan yang berikan pelbagai nutrisi kepada manusia. Korang suka tak makan buah durian? Di Asia Tenggara, buah durian sangat terkenal dengan gelaran sebagai “raja buah”. Kalau kat Malaysia, musim buah durian ni lah yang sangat kita nanti-nantikan sebab mesti akan ramai penjual yang menjual buah durian kat tepi-tepi jalan.

Di bawah ini adalah Durian Popular Kat Malaysia :

D197 – Musang King, king of durianlah gitu

Kalau korang nak tahu, Durian Musang King ni adalah merupakan durian yang paling digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Nama lain bagi Durian Musang King ni adalah Butter Durian, Rajah Kunyit (bukan kunyit antara lelaki dengan lelaki tau) dan Cat Mountain King. Ciri-ciri buah durian Musang King ni adalah ulasnya berwarna kuning terang dengan rasanya yang manis dan pahit tetapi sangat berkrim dan menjadi pilihan utama para penggemar durian di Malaysia.

baca juga artikel berikut ini : Tanaman Buah Jambu Air

Selain tu,  untuk pengetahuan korang saiz buah durian musang king juga adalah sederhana besar, bulat dan kulitnya berwarna hijau keperangan. Ia juga mempunyai corak berbentuk seakan-akan bintang pada bahagian bawah buah serta biji buah durian musang king juga lebih kecil berbanding baka lain. Pada bahagian pangkal tangkainya pula tidak berduri dan garisan pangsa jelas kelihatan pada kulit durian.

D198 – Golden Phoenix, durian yang banyak di Johor

Nama lain bagi Durian Golden phoenix ni adalah Durian Golden Pillow. Durian jenis Golden Phoenix ni kebanyakannya boleh korang dapati di dusun-dusun durian yang berada di negeri Johor. Untuk pengetahuan korang, pada kebiasaannya durian jenis ini tumbuh daripada pokok lama dan bukannya melalui proses hibrid. Oleh sebab itulah durian jenis ini menjadi sesuatu yang lain daripada yang lain kerana mempunyai rasa yang asli.

baca juga artikel berikut ini : 3 Jenis Durian Paling Enak

Antara ciri-ciri yang terdapat pada Durian Golden Phoenix adalah ulasnya yang berwarna kuning pucat dan sedikit keputihan. Teksturnya pula yang sedikit berair selain mempunyai bau yang sangat tajam berbanding yang lain membuatkan durian jenis ini mempunyai peminat yang tersendiri. Saiz buah Durian Golden Phoenix ni adalah sederhana besar, bujur dan mempunyai pangsa yang nipis.

Durian XO, bukan durian KPOP

Durian XO? Dah macam nama artis kumpulan kpop pulak kan? Durian jenis ni sangat mudah untuk korang dapati di mana-mana gerai durian. Ciri-ciri yang terdapat pada buah Durian XO ni adalah mempunyai tekstur isi yang sangat lembut dan ulas yang lebih kecil tetapi isi kat dalamnya sangat tebal tau dan ini merupakan salah satu punca yang menjadikan durian jenis ni antara durian yang menjadi buruan bagi hantu-hantu durian. Mustahil korang tak suka makan durian yang mempunyai isi tebal kan?

Selain tu, Durian XO juga merupakan durian yang mempunyai harga jauh lebih murah jika korang hendak bandingkan dengan lain-lain jenis durian. Pada kebiasaannya, anggaran harga Durian XO ni adalah sekitar RM20 untuk setiap sekilogram. Murah tak?